Jumaat, 30 Oktober 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN





Kursus Pengurusan GPK dan Guru Kokurikulum

Hari ini Jumaat 30/10/2009, saya menghadiri Kursus Pengurusan GPK T6 dan Guru Kokurikulum T6 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka sehingga 31 Oktober 2009.

Slot 1 - Cik Hjh Radziah binti Md. Akil - Keputusan Peperiksaan Percubaan STPM 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

TUGAS-TUGAS KOKURIKULUM

PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :

1. Mengatur dan menyelia persatuan / kelab / unit beruniform.
2. Menyelaraskan semua aktiviti.
3. Menyedia, mengedar dan mengutip borang pendaftaran memasuki persatuan / kelab / unit beruniform (melalui guru tingkatan).
4. Membantu memasukkan data pendaftaran kokurikulum dalam komputer.
5. Memastikan peraturan perlembagaan, surat perlantikan AJK, senarai AJK dan minit mesyuarat agung setiap unit direkodkan dan difailkan.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK setiap unit dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.
7. Mengumpulkan program tahunan pada awal tahun untuk edaran dan rujukan.
8.Mengumpulkan laporan aktiviti mingguan dan tahunan untuk difailkan.



GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan..
8. Memastikan Minit Mesyuarat Agung dan laporan aktiviti mingguan disedia dan difailkan.
9. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. .
10. menganalisis kelemahan dan kekuatan sedia ada ( terutama dalam sebarang pertandingan )
11. Memastikan pengurusan kewangan dan peralatan diurus dengan baik.
12. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
13. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-­ahli.
14. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri dan kebangsaan dengan baik
15. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
16. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
17. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
18. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
19. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
20. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
21. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
23. Memastikan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga bagi aktiviti luar sekolah dan luar waktu sekolah.
24. Sentiasa mengambil langkah-langka menjaga kebajikan dan keselamatan ahlinya.


KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN
Tugas :

- Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
- Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar.
- Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
- Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan .
- Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
- Mengurus latihan rumah sukan untuk Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
- Guru dan pelajar wajib hadir untuk latihan rumah sukan.
- Memilih dan melatih pasukan olahraga rumah untuk pertandingan antara rumah
sukan.
- Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
- Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
- Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
- Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.



SETIAUSAHA SUKAN
Tugas :

- Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
- Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM.
- Membantu Pengetua / GPK Kokurikulum mengagih tugas dalam olahraga dan permainan.
- Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan sukan dan permainan.
- Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
- Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan dan permainan sekolah.
- Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori semua peralatan sukan.
- Menyediakan peraturan penggunaan semua peralatan dan kemudahan sukan.
- Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
- Sentiasa berbincang dengan Pengetua / GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
- Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
- Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. - Memastikan guru sukan dan permainan di bawahnya mengambil langkah-langkah keselamatan pelajar apabila aktiviti dijalankan.

KEBANGGAAN SMK LENGA, MUAR

LAGU HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Pencipta lagu: Khairulrizam B Khalid
Pencipta Lirik: Illi Nurbahirah Bt Baharudin (SMK LENGA, MUAR)
Pengubah Muzik: Marzuki B Tambi & Nazri B Ishak


Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji ku kota


Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta


Guru Pembina Negara bangsa

Tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Suami isteri menang cipta lagu Hari Guru

PUTRAJAYA 13 Mei – Pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru, Khairulrizam Khalid, 31, dan Ili Nurbahirah Baharudin, 26, memenangi Pertandingan Mencipta Lagu Tema Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009.

Khairulrizam memenangi kategori penciptaan lagu terbaik untuk hadiah wang tunai RM2,500 manakala isterinya yang memenangi kategori penciptaan lirik terbaik yang akan menerima RM1,500.

Khairulrizam bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala Ili Nurbahirah mengajar di SMK Lenga, Felda Batu 27 Lenga, Muar, Johor.

Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran, Jame Alip berkata, pertandingan terbuka kepada semua warga pendidikan itu bermula pada 24 Februari lalu dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Menurutnya, pada pertandingan kali ini hadiah wang tunai ditambah sebanyak RM500 bagi setiap kategori berbanding tahun lalu.

“Hadiah yang dimenangi oleh Khairulrizam dan isterinya ini diibaratkan hadiah pengantin baru kerana mereka baru saja melangsungkan perkahwinan,” katanya di sini.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada Sabtu ini.

Lagu ini sangat seronok dan dapat meningkatkan motivasi para guru. dari bait liriknya andai difahami sangat bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tahniah kepada pencipta lagu dan pencipta lirik kerana telah memenangi pertandingan ini.

GPK KOKURIKULUM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU ILI.
TERUSKAN USAHA ANDA..

Rabu, 28 Oktober 2009

Pengurusan Kokurikulum SMK Lenga 2009

Pengerusi

Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamad

Naib Pengerusi

En. Rahman @ Abdul Rahman bin Selamat (GPK Kokurikulum)

Tn. Hj. Kamarazaman bin Md. Diah (GPK)

Pn. M. Azlin binti Sajadi (GPK HEM)

(Guru Kanan Kokurikulum Ting. 6)

Setiausaha

En. Aminurashid bin Ismail

Ahli Jawatankuasa

  1. En. Mohd. Sufian bin Mohd. Mokhtar (Setiausaha Sukan)
  2. Pn. Siti Rohaya binti Abu (Penyelaras Kelab / Persatuan Akademik)
  3. En. Noor Hisham bin Mohd Ihsan (Penyelaras Unit Beruniform)
  4. En. Mohamad Fauze bin Senin (Penyelaras Kelab Sukan dan Permainan)
  5. Ketua-ketua Kelab / Persatuan / Unit Beruniform / Kelab Permainan


JAWATANKUASA PEMANTAUAN DAN PENILAIAN


Pengerusi

Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamad

Naib Pengerusi

En. Rahman @ Abdul Rahman bin Selamat (GPK Kokurikulum)

Tn. Hj. Kamarazaman bin Md. Diah (GPK)

Pn. M. Azlin binti Sajadi (GPK HEM)

(Guru Kanan Kokurikulum Ting. 6)

Setiausaha

En. Aminurashid bin Ismail

Ahli Jawatankuasa

  1. En. Mohd Sufian bin Mohd Mokhtar (Setiausaha Sukan)

2. Pn Siti Rohayah bt Abu (Penyelaras Kelab / Persatuan

Akademik)

3. En. Noor Hisham bin Mohd Ihsan (Penyelaras Unit

Beruniform)

4. En. Mohamad Fauze bin Senin (Penyelaras Kelab

Sukan dan Permainan)

5. Ketua-ketua Guru Penasihat Badan Beruniform, Persatuan

/ Kelab dan Kelab Permainan



JAWATANKUASA BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH (BPS)


Pengerusi

Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamad

Naib Pengerusi

En. Rahman @ Abdul Rahman bin Selamat (GPK Kokurikulum)

Tn. Hj. Kamarazaman bin Md. Diah (GPK)

Pn. M. Azlin binti Sajadi (GPK HEM)

(Guru Kanan Kokurikulum Ting. 6)

Setiausaha

En. Aminurashid bin Ismail

Ahli Jawatankuasa

  1. En. Mohd Sufian bin Mohd Mokhtar (Setiausaha Sukan)

2. Pn Siti Rohayah bt Abu (Penyelaras Kelab / Persatuan

Akademik)

3. En. Noor Hisham bin Mohd Ihsan (Penyelaras Unit

Beruniform)

4. En. Mohamad Fauze bin Senin (Penyelaras Kelab

Sukan dan Permainan)

5. En. Mohd. Nor bin Dolah (Pembantu Tadbir Sekolah)



MAJLIS SUKAN SEKOLAH


Penyelaras

En. Mohd. Sufian bin Mohd. Mokhtar (Setiausaha Sukan)

Penolong Penyelaras

En. Mohd Noor Hadi bin Mohd Appandi

Setiausaha

Cik Norazrin bin Ahmad

Penyelaras Teknik

En. Mohd. Sulaiman bin Ahmad

Penyelaras Bilik Pengurusan Sukan / Alatan

Cik Er Lee Choun

Ahli Jawatankuasa

Ketua Guru Rumah-Rumah Sukan

Olahraga

En. Mohd Sulaiman bin Ahmad

Sepak Takraw

En. M Noor Hadi bin Mohd Appandi

Badminton

En. Nor Hisham bin Mohd. Ihsan

Bola Sepak

En. Mohd. Sulaiman bin Ahmad

Bola Jaring

Cik Norazrin bt Ahmad

Bola Baling

En. Mohd. Nazri bin Md. Sari

GURU RUMAH SUKAN (KETUA)

MK – En. Mohd. Nadzeri bin Abdullah

TG - En. Mohd Noor Hadi bin Mohd. Appandi

MS - En. Noor Hisham bin Mohd Ihsan

DB – En. Aminurashid bin Ismail

SEJARAH PENUBUHAN SMK LENGA, MUAR

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1970 dengan nama Sekolah Menengah Lenga, Muar (Kebangsaan dan Inggeris ). Pada mula penubuhannya, terdapat 4 buah tingkatan, iaitu 2 buah tingkatan satu aliran Melayu, sebuah tingkatan aliran Inggeris, dan sebuah tingkatan peralihan. Seramai 7 orang guru bertugas pada peringkat awal dengan diketuai oleh En. Yusof bin Ibrahim sebagai Guru Besarnya. Pada ketika itu sekolah ini menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Inggeris Lenga dan sesi persekolahannya dijalankan di sebelah petang.

Pada 1 Julai 1970 sekolah ini berpindah ke tapak baru yang terletak di Felda Batu 27, Lenga yang terdiri daripada 2 blok bangunan yang mempunyai 7 buah bilik dan sebuah pejabat. Turut disediakan ialah sebuah perpustakaan dan sebuah blok kantin serta 2 unit rumah guru.

Pada tahun 1976, tingkatan 4 sastera dimulakan di sekolah ini, dan namanya ditukarkan kepada Sekolah Menengah Lenga, Muar. Pada tahun 1980 bangunan sekolah ini ditambah 2 blok lagi dan bekalan elektrik diperolehi pada tahun 1985.

Pada tahun 1989, sebuah blok gotong royong dibina yang mengandungi 4 buah bilik darjah. Pada tahun 1990 sebuah blok tiga tingkat dibina dan siap pada bulan Oktober 1990.Di tingkat bawah bangunan ini terdapat makmal-makmal sains, manakala di tingkat 2 dan 3 mengandungi 10 buah bilk darjah.

Pada tahun 1991/1992 kelas tingkatan 4 sains dimulakan. Pada bulan Oktober 1991 juga, Sekolah Menengah Lenga telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Besar Johor ketika itu. Sehingga kini, sekolah ini mengandungi 7 buah blok bangunan dan sebuah kantin.

Pada bulan Julai 2007, pembinaan bangunan baru telah dimulakan iaitu ; satu bangunan Blok Pentadbiran 4 tingkat, sebuah Makmal Komputer dan sebuah Blok Makmal Sains Tulen 3 tingkat telah dibina. Pada 1 September 2009, bangunan baru ini telah digunakan sepenuhnya.

Dari mula penubuhannya sehingga kini, seramai 11 orang Pengetua telah berkhidmat di SMK Lenga, iaitu ;
1. Tn. Hj. Yusof bin Ibrahim
2. Encik Abbas bin Mohamad
3. Tn. Hj. Mukhyi bin Saidon
4. Tn. Hj. Md. Yassin bin Md. Nor (1991 - 1994)
5. Tn. Hj. Saibi bin Ibrahim (1994 - 1995)
6. Tn. Hj. Sulaiman bin Md. Dom (1995 - 1996)
7. Pn. Jamilah binti Amir (1996 - 1997)
8. En. Kamal bin Ismail (1997 - 1999)
9. Tn. Hj. Abd. Kadir bin Sulaiman (1999 - 2003)
10. Tn. Hj. Ahmad bin Othman (2003 - 2006)
11. Tn. Hj. Abu Bakar bin Mohamad (2006 - kini)

MARKAH PENILAIAN KOKURIKULUM

PERHATIAN KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR
SMK LENGA

Sila lengkapkan Buku Rekod Penilaian Kokurikulum 2009
untuk penilaian 10% markah kokurikulum sebelum sekolah berakhir.

SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT KOKURIKULUM

KOKURIKULUM PEMANGKIN KE ARAH
PEMBINAAN NEGARA BANGSA
1MALAYSIA

SELAMAT DATANG KE BLOG KOKURIKULUM

BLOG INI DIBINA BERTUJUAN MERAKAMKAN PERISTIWA DAN AKTIVITI KOKURIKULUM SMK LENGA UNTUK MENJADI BUKTI DAN RUJUKAN GURU, IBU BAPA, PELAJAR DAN KEPADA SEMUA YANG INGIN MELIHAT