Khamis, 29 Oktober 2009

TUGAS-TUGAS KOKURIKULUM

PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :

1. Mengatur dan menyelia persatuan / kelab / unit beruniform.
2. Menyelaraskan semua aktiviti.
3. Menyedia, mengedar dan mengutip borang pendaftaran memasuki persatuan / kelab / unit beruniform (melalui guru tingkatan).
4. Membantu memasukkan data pendaftaran kokurikulum dalam komputer.
5. Memastikan peraturan perlembagaan, surat perlantikan AJK, senarai AJK dan minit mesyuarat agung setiap unit direkodkan dan difailkan.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK setiap unit dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.
7. Mengumpulkan program tahunan pada awal tahun untuk edaran dan rujukan.
8.Mengumpulkan laporan aktiviti mingguan dan tahunan untuk difailkan.



GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan..
8. Memastikan Minit Mesyuarat Agung dan laporan aktiviti mingguan disedia dan difailkan.
9. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. .
10. menganalisis kelemahan dan kekuatan sedia ada ( terutama dalam sebarang pertandingan )
11. Memastikan pengurusan kewangan dan peralatan diurus dengan baik.
12. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
13. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-­ahli.
14. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri dan kebangsaan dengan baik
15. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
16. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
17. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
18. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
19. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
20. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
21. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
23. Memastikan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga bagi aktiviti luar sekolah dan luar waktu sekolah.
24. Sentiasa mengambil langkah-langka menjaga kebajikan dan keselamatan ahlinya.


KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN
Tugas :

- Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
- Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar.
- Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
- Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan .
- Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
- Mengurus latihan rumah sukan untuk Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
- Guru dan pelajar wajib hadir untuk latihan rumah sukan.
- Memilih dan melatih pasukan olahraga rumah untuk pertandingan antara rumah
sukan.
- Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
- Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
- Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
- Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.



SETIAUSAHA SUKAN
Tugas :

- Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
- Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM.
- Membantu Pengetua / GPK Kokurikulum mengagih tugas dalam olahraga dan permainan.
- Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan sukan dan permainan.
- Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
- Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan dan permainan sekolah.
- Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori semua peralatan sukan.
- Menyediakan peraturan penggunaan semua peralatan dan kemudahan sukan.
- Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
- Sentiasa berbincang dengan Pengetua / GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
- Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
- Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. - Memastikan guru sukan dan permainan di bawahnya mengambil langkah-langkah keselamatan pelajar apabila aktiviti dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan