Khamis, 29 Oktober 2009

KEBANGGAAN SMK LENGA, MUAR

LAGU HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Pencipta lagu: Khairulrizam B Khalid
Pencipta Lirik: Illi Nurbahirah Bt Baharudin (SMK LENGA, MUAR)
Pengubah Muzik: Marzuki B Tambi & Nazri B Ishak


Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji ku kota


Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta


Guru Pembina Negara bangsa

Tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Suami isteri menang cipta lagu Hari Guru

PUTRAJAYA 13 Mei – Pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru, Khairulrizam Khalid, 31, dan Ili Nurbahirah Baharudin, 26, memenangi Pertandingan Mencipta Lagu Tema Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009.

Khairulrizam memenangi kategori penciptaan lagu terbaik untuk hadiah wang tunai RM2,500 manakala isterinya yang memenangi kategori penciptaan lirik terbaik yang akan menerima RM1,500.

Khairulrizam bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala Ili Nurbahirah mengajar di SMK Lenga, Felda Batu 27 Lenga, Muar, Johor.

Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran, Jame Alip berkata, pertandingan terbuka kepada semua warga pendidikan itu bermula pada 24 Februari lalu dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Menurutnya, pada pertandingan kali ini hadiah wang tunai ditambah sebanyak RM500 bagi setiap kategori berbanding tahun lalu.

“Hadiah yang dimenangi oleh Khairulrizam dan isterinya ini diibaratkan hadiah pengantin baru kerana mereka baru saja melangsungkan perkahwinan,” katanya di sini.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada Sabtu ini.

Lagu ini sangat seronok dan dapat meningkatkan motivasi para guru. dari bait liriknya andai difahami sangat bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tahniah kepada pencipta lagu dan pencipta lirik kerana telah memenangi pertandingan ini.

GPK KOKURIKULUM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU ILI.
TERUSKAN USAHA ANDA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan