Isnin, 14 Disember 2009

PENGURUSAN KOKURIKULUM 2010

17.0 Carta Aliran Pengurusan Guru Penasihat Kokurikulum

1 Perancangan strategik kokurikulum sekolah
- Dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan.
- Memaklumkan kepada ibu bapa dan murid

2 Agihan tugas Guru Penasihat mengikut kepakaran
- Mesyuarat Guru kali pertama
- Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum kali pertama

3 Pendaftaran setiap murid dalam 3 elemen ;
- unit Beruniform
- persatuan / kelab akademik
- kelab sukan dan permainan
- jumlah murid bagi setiap unit sekurang-kurangnya 25 orang
- Minggu pertama bulan Januari bagi murid Peralihan dan Tingkatan 1.

- Ting. 2 – 6 Atas ; telah didaftarkan

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan dan takwim yang telah disediakan.

5 Merekodkan kehadiran murid dalam Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum, Buku
Penilaian Koko Murid (BPKM) dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap
kali perjumpaan
- Buku Laporan Aktiviti Kokurikulum dan Buku Penilaian Kokurikulum disimpan dan
dikeluarkan setiap kali perjumpaan.
- Disimpan di bilik Kokurikulum.

6 Guru penasihat melengkapkan BPKM dan memastikan dikemaskinikan oleh pelajar.
- 2 kali setahun
Jun
November

7 Guru Tingkatan melengkapkan BPKM dan Rumusan Aktiviti Kokurikulum
- Dilaksanakan pada bulan Oktober – November

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum mengesahkan Markah Kokurikulum pelajar

- Jawatankuasa Penilaian Markah

9 Keputusan Penilaian markah kokurikulum dihantar ke LPM dan MPM untuk tindakan selanjutnya

- Sebelum 15 Januari tahun berikut

10 Buku Laporan Aktiviti, BPKM dan Fail pengurusan Unit-unit kokurikulum disimpan di bilik kokurikulum.
- Pemantauan oleh ;
- Setiausaha Kokurikulum
- Setiausaha Sukan
- Penyelaras-penyelaras
- Guru Tingkatan

12 Pengedaran Sijil Penghargaan Kokurikulum dan Sijil Penilaian Markah Kokurikulum
- Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum
November

Tiada ulasan:

Catat Ulasan