Isnin, 14 Disember 2009

PENGURUSAN KOKURIKULUM 2010

11. 0 Saguhati Pengangkutan

Jarak Kenderaan Subsidi
25 km dan ke atas Kereta RM25.00
Van RM30.00

11 km hingga 25 km Kereta RM15.00
Van RM20.00

10 km dan kurang Kereta RM10.00
Van RM15.00

11.1 Segala tuntutan hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua minggu sebelum sesuatu pertandingan / kejohanan bagi tujuan penyemakan oleh GPK Kokurikulum dan pengesahan oleh Pengetua.

11.2 Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut;
11.2.1 Satu salinan surat panggilan daripada MSSD atau J/Kuasa Pengelola
Pertandingan / Pesta Permainan dan Kejohanan Olahraga beserta dengan Jadual pertandingan / Kejohanan / Pesta Permainan.
11.2.2 Satu salinan nama, tingkatan, No. Kad Pengenalan pelajar (peserta)
11.2.3 Surat rasmi permohonan tuntutan

11.3 Segala tuntutan adalah bergantung kepada peruntukan kewangan dan kelulusan daripada Pengetua.

11.4 Semua resit-resit pembayaran perlu diserahkan kepada Pembantu Tadbir untuk tujuan pengauditan.

12.0 Takwim Tahunan 2010
Rujuk Lampiran Takwim 2010

13.0 Aktiviti Kokurikulum 2010
Hari Rabu : 3.00 pm – 4.30 pm (kecuali terdapat pindaan)

14.0 Perhimpunan Kokurikulum
Setiap hari Isnin minggu ketiga setiap bulan. Unit-unit beruniform akan digilirkan mengendalikan perhimpunan mingguan. (Rujuk Takwim Tahunan 2010)

15.0 Pakaian Seragam Kokurikulum
Setiap Hari RABU WAJIB dipakai oleh pelajar.

16.0 Pelaporan / Pendokumentasian
Pelaporan penyertaan dalam Pertandingan / Pesta Permainan / Kejohanan MSSD perlu didokumentasikan dan disediakan dalam 2 Salinan ; (PK Kokurikulum, Fail).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan