Isnin, 9 November 2009

MESYUARAT AKHIR TAHUN 2009





Perkara: Mesyuarat Guru Akhir Tahun
Tarikh : 9 November 2009
Masa : 2.30 petang
Agenda : Persiapan Akhir Tahun ; Persediaan Awal tahun

Khamis, 5 November 2009

PROGRAM AKHIR TAHUN KOKURIKULUM 2009

1MALAYSIA ; BERJALAN UNTUK NEGARA
TARIKH : 11 NOVEMBER 2009
HARI : RABU
TEMPAT : SMK LENGA, MUAR
MASA : 8.00 PAGI


ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2009

TARIKH : 11 NOVEMBER 2009
HARI : RABU
TEMPAT : SMK LENGA, MUAR
MASA : 10.30 PAGI

Gambar dan berita akan menyusul

Selasa, 3 November 2009

BUKU REKOD KOKURIKULUM 2009

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LENGA,
FELDA BATU 27, LENGA,
84040 MUAR, JOHOR TEL: 9711725
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
10 September 2009

Guru Kelas ,
Guru Penasihat Lembaga/Badan Beruniform/Persatuan/Kelab/Sukan,
Dan Semua Pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Lenga,

Tuan/Puan,

MENGEMAS KINI DAN MENGHANTAR BUKU REKOD KOKURIKULUM PELAJAR SERTA FAIL BADAN BERUNIFORM, PERSATUAN DAN KELAB

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu semua pelajar diingatkan dengan dibantu oleh guru penasihat dan guru kelas perlu mengemas kini buku kokurikulum dan sistem fail.

3. Buku kokurikulm yang telah dikemas kini hendaklah diserahkan kepada En Rahman bin Selamat / Penolong Kanan Kokurikulum / En. Aminurasid bin Ismail, S/U Kokurikulum pada tarikh seperti berikut:

i. Pelajar Tingkatan 5 pada 25 Oktober 2009
ii. Pelajar Tingkatan 1, 2, 3, dan 4 pada 30 Oktober 2009
iii. Sistem fail Badan Beruniform/Lembaga/Persatuan/Kelab pada 30 Oktober
2009

4. Pelajar Tingkatan 5 diingatkan, kegagalan menghantar buku kokurikulum akan menyebabkan anda tidak diberi markah dan Sijil Penglibatan Kokurikulum. Untuk pengetahuan markah kokurikulum akan dihantar atau "On Line" terus kepada Kementarian Pelajaran Malaysia.

5. Segala kerjasama dan tindakan tuan dan puan diucapkan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan tugas,

t.t
(HJ.ABU BAKAR BIN MOHAMAD)
Pengetua SMK Lenga, Muar)

s.k - GPK Kokurikulum

Jumaat, 30 Oktober 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN





Kursus Pengurusan GPK dan Guru Kokurikulum

Hari ini Jumaat 30/10/2009, saya menghadiri Kursus Pengurusan GPK T6 dan Guru Kokurikulum T6 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka sehingga 31 Oktober 2009.

Slot 1 - Cik Hjh Radziah binti Md. Akil - Keputusan Peperiksaan Percubaan STPM 2009

Khamis, 29 Oktober 2009

TUGAS-TUGAS KOKURIKULUM

PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :

1. Mengatur dan menyelia persatuan / kelab / unit beruniform.
2. Menyelaraskan semua aktiviti.
3. Menyedia, mengedar dan mengutip borang pendaftaran memasuki persatuan / kelab / unit beruniform (melalui guru tingkatan).
4. Membantu memasukkan data pendaftaran kokurikulum dalam komputer.
5. Memastikan peraturan perlembagaan, surat perlantikan AJK, senarai AJK dan minit mesyuarat agung setiap unit direkodkan dan difailkan.
6. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK setiap unit dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.
7. Mengumpulkan program tahunan pada awal tahun untuk edaran dan rujukan.
8.Mengumpulkan laporan aktiviti mingguan dan tahunan untuk difailkan.



GURU PENASIHAT PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM
Tugas :
1. Membentuk jawatankuasa.
2. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
3. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
6. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
7. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan..
8. Memastikan Minit Mesyuarat Agung dan laporan aktiviti mingguan disedia dan difailkan.
9. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan. .
10. menganalisis kelemahan dan kekuatan sedia ada ( terutama dalam sebarang pertandingan )
11. Memastikan pengurusan kewangan dan peralatan diurus dengan baik.
12. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam, Kelab Persatuan dan Kelab Sukan Permainan kepada Pengetua/Guru Besar atau Badan Induk.
13. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-­ahli.
14. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah / zon / daerah / negeri dan kebangsaan dengan baik
15. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan .
16. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
17. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
18. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
19. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
20. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar dalam kalangan ahli.
21. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
22. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
23. Memastikan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga bagi aktiviti luar sekolah dan luar waktu sekolah.
24. Sentiasa mengambil langkah-langka menjaga kebajikan dan keselamatan ahlinya.


KETUA RUMAH SUKAN DAN GURU RUMAH SUKAN
Tugas :

- Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
- Membentuk jawatankuasa rumah dalam kalangan pelajar.
- Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
- Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan .
- Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
- Mengurus latihan rumah sukan untuk Merentas Desa dan Kejohanan Olahraga Sekolah mengikut jadual yang ditetapkan.
- Guru dan pelajar wajib hadir untuk latihan rumah sukan.
- Memilih dan melatih pasukan olahraga rumah untuk pertandingan antara rumah
sukan.
- Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
- Merekodkan kedatangan pelajar dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir.
- Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
- Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.



SETIAUSAHA SUKAN
Tugas :

- Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
- Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM.
- Membantu Pengetua / GPK Kokurikulum mengagih tugas dalam olahraga dan permainan.
- Menetapkan pelajar dalam rumah sukan.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan sukan dan permainan.
- Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
- Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan dan permainan sekolah.
- Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori semua peralatan sukan.
- Menyediakan peraturan penggunaan semua peralatan dan kemudahan sukan.
- Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran , rujukan dan rekod.
- Sentiasa berbincang dengan Pengetua / GPK Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
- Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
- Menghadiri kursus dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. - Memastikan guru sukan dan permainan di bawahnya mengambil langkah-langkah keselamatan pelajar apabila aktiviti dijalankan.

KEBANGGAAN SMK LENGA, MUAR

LAGU HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Pencipta lagu: Khairulrizam B Khalid
Pencipta Lirik: Illi Nurbahirah Bt Baharudin (SMK LENGA, MUAR)
Pengubah Muzik: Marzuki B Tambi & Nazri B Ishak


Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar baktiku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji ku kota


Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta


Guru Pembina Negara bangsa

Tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia



Suami isteri menang cipta lagu Hari Guru

PUTRAJAYA 13 Mei – Pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru, Khairulrizam Khalid, 31, dan Ili Nurbahirah Baharudin, 26, memenangi Pertandingan Mencipta Lagu Tema Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009.

Khairulrizam memenangi kategori penciptaan lagu terbaik untuk hadiah wang tunai RM2,500 manakala isterinya yang memenangi kategori penciptaan lirik terbaik yang akan menerima RM1,500.

Khairulrizam bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan manakala Ili Nurbahirah mengajar di SMK Lenga, Felda Batu 27 Lenga, Muar, Johor.

Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran, Jame Alip berkata, pertandingan terbuka kepada semua warga pendidikan itu bermula pada 24 Februari lalu dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa.

Menurutnya, pada pertandingan kali ini hadiah wang tunai ditambah sebanyak RM500 bagi setiap kategori berbanding tahun lalu.

“Hadiah yang dimenangi oleh Khairulrizam dan isterinya ini diibaratkan hadiah pengantin baru kerana mereka baru saja melangsungkan perkahwinan,” katanya di sini.

Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2009 akan diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Terengganu pada Sabtu ini.

Lagu ini sangat seronok dan dapat meningkatkan motivasi para guru. dari bait liriknya andai difahami sangat bersesuaian dengan tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tahniah kepada pencipta lagu dan pencipta lirik kerana telah memenangi pertandingan ini.

GPK KOKURIKULUM MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA CIKGU ILI.
TERUSKAN USAHA ANDA..